Struktur
tulang yang dicipta dalam badan manusia mempunyai kekuatan yang luar
biasa. Contohnya, tulang paha dikatakan dapat menampung beban seberat 1
tan atau 1000 kilogram dalam kedudukkan 90 darjah.
Sesuatu
yang lebih mengejutkan, rupa-rupanya tulang paha mampu memikul beban
seberat 3 kali ganda berat badan pada setiap langkah.
Struktur
dalaman tulang yang bersambung antara satu sama lain memiliki kemampuan
pergerakan yang luar biasa. Ia umpama sistem perancah yang digunakan
dalam binaan jambatan dan menara.
Cuma
sistem yang terdapat dalam tulang adalah lebih rumit berbanding rekaan
manusia. Ia sangat kuat dan cukup ringan untuk digunakan dengan selesa.
Manusia dapat bergerak bebas tanpa merasa sakit.
Pada
bahagian-bahagian yang tertentu, tulang juga dicipta dengan bersifat
anjal. Ini bagi memudahkan ia dapat mengembang dan mengecut bagi
pergerakan udara masuk ke dalam peparu dan keluar darinya.
Struktur
elastik tulang juga mengalami perubahan. Contohnya tulang punggung
wanita yang hamil boleh melebar dan renggang antara satu sama lain
ketika saat kelahiran.
Regangan
ini berlaku untuk mengelakkan tekanan yang menghimpit kepala bayi
ketika keluar dari rahim ibu. Sesungguhnya Allah maha pencipta
sebagaimana firman-firmannya yang berbunyi;
“Dan
lihatlah kepada tulang-tulang itu bagaimana kami menyusunnya kembali
kemudian kami menyalutna dengan daging…” (Surah al-Baqarah ayat 269)
Sungguh
ajaib dan menakjubkan ciptaan Allah ini, bukan? Jadi kita perlulah
sentiasa menghargai dan bersyukur kepada Allah atas segala nikmat
kurniaan yang diberikan-Nya.
No comments:
Post a Comment