Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Tuesday, 4 February 2014

pesanan teman

"kalau cinta itu mendekatkan kamu pada Dia, pertahankanlah. 
jika tidak, biarkan ianya berlalu. 
jika benar dia adalah jodohmu, dia tidak akan mencari pasangan lain selepasmu. 
walaupun kamu melepaskannya, dia akan kembali padamu satu hari nanti. 
andaikata dia sudah ada pengganti selepasmu pergi, lepaskanlah dia dari hatimu. 
redhakanlah bahawa dia bukan jodohmu. 
andaikata jodohmu tiada di dunia ini, mungkin Allah mahu menyelamatkan kamu dari rasa kecewa kehilangannya di kemudian hari. 
tapi berbahagialah kamu kerana Allah tidak menduga hambaNya melebihi kemampuan. 
setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. 
tiada perkara yang Allah jadikan sia-sia. 
manfaatkanlah masa mudamu dengan menuntut ilmu kerna ilmu lah cahaya hidupmu. 
usah ditangisi apa yang telah terjadi. 
bangkitlah dan bina hidup baru dari sisa-sisa kekuatanmu. 
jika ada yang membencimu, usah lah rapuh dengan kata-kata nista dan dusta mereka. 
jika ada yang tidak menyenangimu, muhasabahlah diri dimana silapnya. 
perbaikilah apa kurangnya. 
hidup terlalu singkat untuk diisi dengan perkara yang menyakitkan hati. 
tumpukan cinta terhadap yang menyayangi. 
satu hari nanti kita akan pergi menghadap Ilahi. 
amal apa yg patut kita beri sebagai bukti? 
tanda kita khalifah di bumi ini. 
kata orang, berbicara itu lagi senang dari mengamalkan. 
tetapi mereka lupa bahawa lidah itu lagi tajam dari pedang. 
mampu menghiris hati manusia yang berakal dan yang berfikir. 
jika kata-kata tidak mampu mencairkan sekeping hati, 
tunjukkanlah insan itu melalui tingkah laku mulia. 
tiada insan yang lebih rugi melainkan orang-orang yang tidak berfikir."